Susulan penangguhan pendaftaran di institut pengajian tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dengan kerjasama AirAsia memberi kelonggaran kepada para pelajar yang terjejas untuk menukar tarikh penerbangan mereka secara fleksibel.
Dalam pengumuman JPT sebentar tadi, AirAsia bakal menyediakan kemudahan pertukaran tarikh penerbangan tanpa had sebelum 31 Disember ini.
Pertukaran itu boleh diatur tanpa bayaran tambahan bagi laluan yang sama, bergantung kepada ketersediaan tempat duduk untuk pelajar dan ibu bapa.
Para pelajar boleh menghubungi IPT masing-masing untuk mengetahui cara mengemukakan maklumat untuk tujuan ini.
Kerjasama bersama AirAsia Berhad membantu institusi pendidikan tinggi yang terjejas dengan penangguhan pendaftaran secara bersemuka
Posted by Jabatan Pendidikan Tinggi – JPT on Saturday, October 3, 2020
Sumber: Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT)