Siakap Keli
Gambar: Aty Razali

“Jom Kahwin…”, Wanita Tak Sangka ‘Jumpa’ Jodoh Di Hutan Semasa “Hiking”

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Soal pertemuan jodoh ini unik. Macam-macam cara Allah akan temukan dua insan yang sudah tercatit jodohnya sejak azali lagi.

Ada yang bertemu ketika sama-sama sekelas ketika zaman belajar, ada yang crush sejak bertahun lamanya, ada yang memang sudah rapat sejak kecil dan banyak lagi.

Tapi antara pertemuan jodoh paling membahagiakan adalah yang tidak disangka-sangka dan menarik lagi, kedua-dua insan tersebut ‘bertemu’ tanpa dirancang.

Begitulah yang dirasai oleh Aty Razali apabila jodohnya ‘ditemui’ di atas gunung. Dengar macam misteri, kan? Jom baca perkongsiannya ini.

Nota: penulisan cerita ini ditulis dalam loghat Sabah.

Gambar: Aty Razali

“Jumpa Jodoh Di Hutan”

07.03.2020: First jumpa masa naik gunung

15.5.2020: Bawa kahwin

04.07.2020: Merisik

29.8.2020: Nikah PKP

29.9.2020: Genap sebulan nikah tapi punah harapan mahu jumpa sebab 29.9.2020 start PKPDB Tawau, Semporna, Lahad Datu, Kunak.

Oleh kerana tempat saya ni pun macam mahu-mahu naik tu kes COVID jadi kita hold² dulu jumpa laki.

Bukan mahu cerita pasal jumpa nda jumpa tapi mahu cerita, siapa jumpa jodoh masa hiking? 

Dijadikan cerita bulan Feb saya open trip naik Gunung Minitinduk (rupanya ada gunung ni di daerah saya) so saya cari la team sapa2 yang mahu naik.

Jadi dia ni (suami) orang paling last kasi full trip kami 10 orang. Mula-mula dia tidak mahu join sebab ada program lain.

Tapi tinggal beberapa hari saja lagi date mendaki dia WhatsApp untuk join. Ngam betul la ba kan sebab tiba² ada team dari KK yang cancel last minit.

Oh ya dia ni kawan FB. Netau macam mana boleh friend di FB tapi yang pasti ter add friend gara-gara hiking ja.

7.3.2020 first jumpa masa register. Masa tu semua ok cumanya biasa la kalau orang otai² hiking ni laju². Kami yang bilis² ja ni paling belakang la so teda sempat kami jalan hiking sama2 pasal kelidutan (lambat) kami naik bukit (faham2 ja kalau newbie).

Ada la satu adegan ni kan, masa turun bukit saya nampak dia dari jauh perati ja saya masa turun tu. Heran juga napa dia peratikan jadi lepas kawin hari tu tanya la napa perati ja masa turun bukit hari tu? Guyss mau tau dia cakap apa?

Gambar: Aty Razali

Debilang (dia kata) sudah la ko pindik², gayat tapi mahu juga hiking². Heran juga ah debilang macam mana boleh jadi ketua team hiking gunung.

Gayat dan saya mimang nda buli pisah. Sapa yang penah hiking sama saya tau la macam mana sengsara mahu jaga saya masa limpas (lalu) yang bukit curam2.

Thank gais. I love u all sebab tulung saya kasi limpas (lalu) yang curam2 walaupun becucuran air mata gegara gayat.

Jadi bila masa jatuh cinta? becinta ka? macam tiada kami becinta sebab singkat betul kami punya perkenalan ni. Musim PKP Mac-Mei tu kami selalu WhatsApp pasal COVID.

Maklum la dia cigu, duduk rumah sebab sekolah tutup. Saya pula keja hospital so sah² dia banyak tanya pasal perkembangan keja masa COVID ni menular.

Banyak masa dia hadap HP. Hikmah juga COVID-19 & PKP ni sebab bikin jumpa jodoh.

Bulan Mei, 15.5.2020. Tidak tahu macam mana tiba2 saya boleh taip mesej “Jom kawin” dalam masa yang sama saya becerita dengan kawan 1 kerja bab kawin. Tiada angin tiada ribut tiba2 bawa kawin tapi dia terima juga haha.

Bulan 7 selepas merisik saya ada tanya la napa terus bagi jawapan terima tuk kawin. Kamu tahu dia jawab apa? Dia cakap risau kalau dia yang duluan cakap bawa kawin tapi saya menolak.

Tapi bila saya sudah buka mulut bawa kawin terus dia terima. So gaiss untuk sapa yang ada hati dengan orang tu, cakap ja. Terima tidak terima tu belakang kira. Mana tau orang yang kita suka tu pun ada hati perasaan dengan kita tapi malu ja mahu cakap.

Perigi cari timba? Ikut la persepi masing2. Kalau suka usaha. Kalau mahu tunggu orang bawa kawin padahal suka sama suka dua2 sampai bila pun tidak jadi.

Tiada salah pun kalau perempuan yang mulakan dulu. Yang penting dengan cara baik ja. Kalau ditolak mungkin bukan jodoh, berlapang dada. Tuhan akan bagi yang terbaik tepat pada masa. Jangan risau.

Niat saya dulu hiking bukan mahu mencari jodoh. Tidak pernah terlintas mahu jumpa jodoh masa hiking sebab lebih ke arah ubah suasana hidup baru. Boson dengan aktiviti harian.

Balik kerja-rumah-kerja. Bosan tu Tuhan saja la yang tahu. 7 tahun kerja hari2 hidup dengan suasana hospital. Jadi tahun 2019 mula join team hiking. Mimang best bila sudah terok alam ni. Berbaur perasaan. Susah mahu cakap.

Macam tebuka sikit tu minda tingu hijau2. Asal ada masa mesti masuk hutan. Tapi itu la perancangan Tuhan siapa yang tahu kan.

So gud luck untuk sapa yang belum bertemu jodoh. Sangka baik dengan Tuhan. Kalu pun balik2 kecewa putus hubungan di tengah jalan tapi jangan sampai sangka buruk dengan Tuhan. Nda baik tu.

So today 29.9.2020 happy 1 month anniversary Aty & Junjun.

Doakan kami bahagia kekal ke akhir hayat amin.

Siuk becinta lepas kawin ni. Alhamdulilah.

Sapa2 mahu cari photographer area sabah boleh PM Mohd Fazlan Amg. Super duper murah. Cenginih

Sumber: Aty Razali

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.