Siakap Keli
Gambar: Mohammad Faris Zakaria

“Jumpa Selipar Sebelah Je Kat Lantai”, Bapa Cemas Cari Anak Tak Jumpa, Rupanya Tengah Ralit Tengok TV ‘Display’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ibu bapa mana tak cuak bila anak yang dibawa bersama tiba-tiba hilang dari pandangan mata. Bagi anak-anak yang aktif, ibu bapa alih pandangan beberapa saat pun mereka dah boleh ‘menghilang’.

Baru-baru ini, seorang bapa berkongsi detik cemas ketika anak sulungnya, Muhammad Faiq Anaqi ‘hilang’ seketika semasa membeli belah bersama isterinya.

Sementara menunggu isterinya membeli barang, Mohammad Faris Zakaria bersama anak sulung mereka berusia lima tahun pergi berjalan di bahagian barangan elektronik.

Sedang menilik barangan elektrik, sedar-sedar anaknya sudah tiada di sisi. Puas dicari 360 darjah, rupanya si anak sedang ralit menonton di hadapan televisyen bertemankan sebuah patung beruang di sebelah.

“Cari anak tak jumpa, muka ni dah kejung dah. Jumpa selipar sebelah je kat lantai.

Siapa pulak la rembat budak ni. Panggil-panggil tak menyahut. 360 darjah kita toleh berpusing ligat mencari.. Ehh, hurmm siniiii.. Nasib baik perasan.. Ingatkan dah lesap ke mana.

“Sedap-sedap dia je lepak tengok TV dengan teddy bear display kat bahagian elektronik.

Lepastu selamba je tanya kita, “Papaaa, ada jajan tak?”

Mentang-mentang port tu deko cantik, geram nak sepah la tuuu.. Ni kalau pergi IKEA mungkin tidur terus kot selubung selimut. Lagilah kecoh gerakan mencari mangsa hilang report kat Lost & Found.

Gambar: Mohammad Faris Zakaria

Perkongsian di dalam group Anak Sepahkan Apa Hari Ini itu membuatkan orang ramai terhibur dengan gelagat si anak.

Kalau anak makcik, mau pengsan makcik

Semput papa anak hilang, mujur jumpa

Comel betul

Ingatkan kat rumah

Beli jam yang boleh call

Sumber: Mohammad Faris Zakaria

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.