Siakap Keli
Gambar: Ustaz Ebit Lew

(Video) Simpati Nasib Pelajar Terkandas, Ustaz Ebit Lew Sewakan Bas Hantar Mereka Pulang Ke Kampung

Isu pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi yang terkandas selepas perintah penangguhan kemasukan ke kampus menjadi perbualan hangat sejak kelmarin.

Pelbagai respon yang ditunjukkan netizen, malah ramai yang bersimpati dan terus menawarkan pelbagai bantuan kecemasan kepada mereka seperti wang saku, tumpang menetap di rumah, tolong hantarkan pulang ke rumah dan sebagainya.

Malah pelbagai agensi seperti Pertubuhan Rejuvenasi Pendidikan yang diwakili bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik turut melancarkan kutipan sumbangan kecemasan buat pelajar terbabit.

Dalam masa sama, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hari ini mengumumkan bantuan zakat kecemasan bagi pelajar-pelajar terkandas tersebut akan digerakkan.

Baca: (Video) Maszlee Malik Lancar ‘Crowd Funding’ Bantu Siswa Terkandas, Berjaya Kumpul Hampir RM44k Setakat 9 Pagi Ini

Baca: MAIWP Lancar Bantuan Zakat Kecemasan Untuk Pelajar Terkandas

Tidak kurang juga, hero ‘jalanan’ negara, Ustaz Ebit Lew yang amat aktif dalam memberikan bantuan kecemasan ke serata masyarakat turut menjalankan baktinya semalam.

Difahamkan Ustaz Ebit Lew bersedia menyalurkan bantuan dengan menyewakan bas khas untuk menghantar pulang pelajar-pelajar itu ke kampung halaman masing-masing.

Gambar: Ustaz Ebit Lew

Sayu ramai pelajar mesej saya dari pelbagai universiti. Disebabkan keadaan semasa yang kelas ditukar semula kepada online.

Ramai juga yang baru daftar. Sayu dan kasihan sangat pada mereka semua.

Merekalah pemimpin masa depan. Macam anak kita sendiri. 

Saya tolong sewakan bas bagi free untuk mereka. Banyak pelajar yang dm saya.

Gambar: Ustaz Ebit Lew

Bas ini ke Pantai Timur dari UPSI. Ramai lagi Insya-Allah saya akan aturkan dari UiTM, UTHM, UPSI dan banyak lagi.

Yelah keadaan semasa negara COVID-19 meningkat dan membimbangkan.

Semoga Allah mudahkan dan selamatkan perjalanan adik-adik. Syukur dapat beri motivasi dan semangat pada pelajar dalam bas yang bergerak tadi.

Teringat dulu masa susah di universiti.

Gambar: Ustaz Ebit Lew
Gambar: Ustaz Ebit Lew
Gambar: Ustaz Ebit Lew
Gambar: Ustaz Ebit Lew
Gambar: Ustaz Ebit Lew
Gambar: Ustaz Ebit Lew
Gambar: Ustaz Ebit Lew

Sumber: Ustaz Ebit Lew

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.