Rasanya semua sedia maklum, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri merupakan salah seorang peminat setia kelab bola sepak Liverpool.
Hari ini, menteri agama kita ini agak sibuk menguruskan bantuan kecemasan buat pelajar-pelajar Insitut Pengajian Tinggi (IPT) yang terkandas akibat penangguhan pendaftaran fizikal pelajar baharu serta kemasukan kembali ke kampus.
Beliau kerap mengemas kini pergerakannya dalam usaha menggerakkan misi #MusaadahKhasSiswa satu demi satu menerusi ciapan-ciapan di Twitter.
Berdasarkan maklumat, hari ini Dr. Zulkifli berkesempatan turun padang ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi menyampaikan sendiri bantuan-bantuan tersebut kepada pelajar yang memerlukan.
Menariknya, ketika sibuk menjalankan amanah sebagai seorang menteri, dalam masa sama mematuhi prosedur operasi standard (SOP), beliau memakai topeng pelitup muka yang tertera slogan keramat Liverpool “You’ll Never Walk Alone” di depannya.
Jelasnya, tujuan memakai sebegitu adalah kerana niatnya yang murni untuk menyuntik semangat kepada semua pihak.
Terima kasih Sathees, mahasiswa UKM yang sambut saya sebentar tadi. Saya pakai pelitup muka bertulis You’ll Never Walk Alone untuk beri mesej kepada semua siswa yg perlukan bantuan; saya dan agensi-agensi agama di bawah @jpmgov_ sentiasa bersama anda semua!#YNWA pic.twitter.com/uqqslCEP6V
— 🇲🇾 Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) October 4, 2020


Selepas menyampaikan bantuan kepada siswa UiTM Shah Alam, saya menuju ke UKM bagi menyampaikan bantuan melalui misi #MusaadahKhasSiswa. pic.twitter.com/RRU8lruEO9
— 🇲🇾 Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) October 4, 2020
Saya yakin, semua pihak sedang berusaha atas kapasiti masing-masing utk meringankan beban siswa yang memerlukan bantuan. Saya doakan semoga semua bantuan dpt dimanfaatkan dgn baik. pic.twitter.com/j2pzuD316b
— 🇲🇾 Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) October 4, 2020
Kita semua sayangkan Malaysia. Dunia ini begitu kecil jika kita hanya fikir untuk bertelagah. Dunia ini akan dilihat lebih luas jika masing-masing berganding bahu menghulurkan bantuan.
— 🇲🇾 Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) October 4, 2020
Kami bersama-sama agensi agama di bawah JPM menyumbang sekadar yang termampu atas kapasiti saya selaku Menteri yang bertanggungjawab dalam tadbir urus hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan.
— 🇲🇾 Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) October 4, 2020
Selebihnya, saya percaya telah ramai yang membantu dan sedang membantu untuk meringankan beban anak-anak siswa ini. Insya-Allah #MusaadahKhasSiswa Siri 2 akan menyusul.
— 🇲🇾 Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) October 4, 2020
Terima kasih Dr. Zulkifli atas khidmat bakti yang dicurahkan hari ini. Ramai yang turut sama membantu menggerakkan misi bantuan ini.
Benarlah, you will never walk alone.