Siakap Keli
Gambar: Twitter

“You’ll Never Walk Alone”, Menteri Agama Pakai Pelitup Muka Slogan Liverpool Untuk Beri Mesej Semangat

Rasanya semua sedia maklum, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri merupakan salah seorang peminat setia kelab bola sepak Liverpool.

Hari ini, menteri agama kita ini agak sibuk menguruskan bantuan kecemasan buat pelajar-pelajar Insitut Pengajian Tinggi (IPT) yang terkandas akibat penangguhan pendaftaran fizikal pelajar baharu serta kemasukan kembali ke kampus.

Beliau kerap mengemas kini pergerakannya dalam usaha menggerakkan misi #MusaadahKhasSiswa satu demi satu menerusi ciapan-ciapan di Twitter.

Berdasarkan maklumat, hari ini Dr. Zulkifli berkesempatan turun padang ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi menyampaikan sendiri bantuan-bantuan tersebut kepada pelajar yang memerlukan.

Menariknya, ketika sibuk menjalankan amanah sebagai seorang menteri, dalam masa sama mematuhi prosedur operasi standard (SOP), beliau memakai topeng pelitup muka yang tertera slogan keramat Liverpool “You’ll Never Walk Alone” di depannya.

Jelasnya, tujuan memakai sebegitu adalah kerana niatnya yang murni untuk menyuntik semangat kepada semua pihak.

Gambar: Twitter
Gambar: Twitter

Terima kasih Dr. Zulkifli atas khidmat bakti yang dicurahkan hari ini. Ramai yang turut sama membantu menggerakkan misi bantuan ini.

Benarlah, you will never walk alone.

Sumber: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.