Siakap Keli

AirAsia Jepun Hentikan Operasi Selepas Penularan Wabak Covid-19 Yang Belum Reda

Syarikat Penerbangan tambang murah Air Asia Japan Co. Ltd berpusat di Lapangan Terbang Antarabangsa Chubu mengumumkan akan menamatkan operasinya selepas permintaan syarikat penerbangan tersebut menurun sejak pandemik Covid-19 yang berlaku di seluruh dunia.

Perkara ini disampaikan oleh Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan pada hari ini. Pada masa yang sama juga, kerajaan Jepun memberitahu bahawa keempat-empat laluannya akan ditamatkan pada 5 Disember 2020 nanti.

Langkah ini diambil sejurus tiada permintaan dan jumlah penumpang yang berkurang sejak wabak jangkitan Covid-19 ini dilaporkan di negara tersebut.

Ini adalah kali pertama di mana syarikat penerbangan Jepun menarik diri daripada sektor perniagaan ini kerana kesan daripada jangkitan tersebut.

Sumber: Japan News

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang