Siakap Keli
Gambar Via Bernama

Dua Maut, Satu Cedera Kereta Bertembung Di Alor Gajah

ALOR GAJAH, 5 Okt (Bernama) — Dua sahabat sekampung maut manakala seorang lagi mangsa cedera dalam kemalangan melibatkan dua kereta di Jalan Kemuning, Pulau Sebang di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, pemandu kereta, Fikry Effendi Ahmad Razali, 27, dan penumpang, Nurul Shamira Mohd Rajuna, 24, meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu sebuah kereta lain berusia 55 tahun cedera di kaki kiri.

Arshad berkata kedua-dua mangsa yang meninggal dunia itu dari Kampung Kenai Hutan Percha dan sedang menghala ke Bandar Alor Gajah bagi bertemu rakan kepada Nurul Shamira.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku selepas kereta jenis Daihatsu Charade yang dipandu Fikry Effendi yang menghala ke arah Simpang Ampat dari Hutan Percha hilang kawalan dan berpusing sebelum memasuki laluan bertentangan.

Kejadian itu menyebabkan kereta dipandu Fikry Effendi bertembung dengan kereta jenis Proton Waja yang dari arah Pulau Sebang yang menghala ke Hutan Percha di jalan berselekoh,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Arshad berkata kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan telah dibawa ke bahagian forensik Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera pada bahagian kaki kiri itu telah dibawa hospital sama untuk rawatan lanjut.

— BERNAMA

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.