Siakap Keli

Dua Warga Myammar Maut Terjatuh Dari Tingkat Enam Kilang Simen Di Ipoh

IPOH, 5 Okt – Dua pekerja kilang warga Myanmar maut selepas terjatuh dari tingkat enam sebuah kilang simen di kawasan perindustrian Tasek di sini hari ini.

Kedua-dua lelaki yang maut di lokasi dikenali sebagai Nay Lin dan Maung Maung Win, masing-masing berumur 26 serta 32 tahun.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata semasa kejadian pada kira-kira 12.35, kedua-dua mangsa sedang menjalankan kerja-kerja membuka penahan keselamatan dalam serombong untuk menahan serpihan batu yang jatuh dari bahagian atas.

“Semasa sedang membuka lantai keselamatan, tiba-tiba lantai senget sebelah dan menyebabkan kedua-duanya terjatuh ke tingkat satu seterusnya meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

— BERNAMA

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang