Siakap Keli
Gambar Hiasan via Bernama

PKPB Akan Dilaksanakan Di Kota Kinabalu, Penampang Dan Putatan Berkuatkuasa 7 Oktober

Menerusi kenyataan akhbar Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri, memaklumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan.

Ia akan mula berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam pada 7 Oktober 2020.

“Pergerakan keluar masuk di ketiga-tiga kawasan PKPB ini adalah tidak dibenarkan.

“Hanya Perkhidmatan Perlu (Essential Service) termasuk kilang-kilang dan rantaian yang berkaitan dalam perkhidmatan perlu adalah dibenarkan,” kata kenyataan itu.

Sumber: MINDEF Malaysia

Sofea

There's always another side to every story