Siakap Keli

Sebanyak 122 Sekolah Harian Di Kota Kinabalu, Penampang & Putatan Ditutup – KPM

Susulan daripada penularan wabak pandemik Covid-19 yang semakin hari semakin meningkat angka pesakit di negara kita, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumunkan sebanyak 122 buah sekolah di tiga daerah di Sabah akan ditutup mulai esok 6 Oktober 2020.

Perkara ini dijelaskan melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh KPM sebentar tadi.

Ini melibatkan 86 buah sekolah rendah, 25 buah sekolah menengah dan 11 buah sekolah swasta di daerah Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan.

Bagaimanapun, sekolah yang tidak berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan beroperasi seperti biasa sebagaimana yang dilaporkan dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada 3 Oktober lalu.

Namun, segelintir ibu yang khuatir untuk menghantar anak mereka ke sekolah kerana takut dengan penularan wabak Covid-19 ini. Bagaimanapun, pihak KPM akan sentiasa memantau dan bekerjasama bersama Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk sama-sama membendung serta memastikan kesihatan warga sekolah terpelihara.

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang