Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Bayi 5 Bulan Terbunuh Akibat Dirempuh Van, Dipercayai Ibunya Lupa Tekan Brek Pada ‘Baby Stroller’

Seorang bayi berusia lima bulan telah terbunuh akibat dilanggar oleh sebuah van dalam satu kemalangan yang tragik berlaku di New Zealand, lapor Mirror.

Pemandu van tersebut dikatakan terkejut selepas mendapati bahawa ‘stroller’ itu secara tiba-tiba muncul di laluannya.

Pemandu van itu memberitahu pada akhbar New Zealand Herald bahawa ibu bayi berkenaan menangis terkejut dan mendakwa yang dia lupa untuk meletakkan ‘stroller’ tersebut dalam mod brek.

Saksi kejadian yang mengerikan itu menggambarkan bahawa wanita tersebut panik dan menangis sejurus selepas menyedari apa yang telah berlaku.

Pemandu van terbabit menyatakan bahawa sukar untuknya melupakan kejadian ngeri yang berlaku itu.

Ketika kejadian, sebuah ‘stroller’ yang datang daripada arah hadapan secara tiba-tiba muncul menuruni bukit semasa dia sedang memandu di sebuah lereng bukit di North Shore Auckland sekitar jam 9 pagi Isnin dengan kelajuan sekitar 20-30kmh (9-12 mph).

“Saya tak nampak ianya datang…saya terus menekan brek namun ianya sudah terlambat,” katanya.

Dia terus berhenti dan pergi memeriksa keadaan bayi berkenaan, namun mendapati bahawa tiada orang lain di situ pada mulanya. Tak lama kemudian ibu kepada bayi tersebut muncul dan bertanyakan tentang apa yang telah terjadi.

Ibu tersebut terkejut serta menangis ketika memberitahu pemandu van berkenaan bahawa dia lupa untuk meletakkan ‘stroller’ itu dalam mod brek, katanya.

Pemandu van itu turut menyatakan bahawa dia tidak dapat mempercayai apa yang telah terjadi, dengan menyatakan yang dia tidak dapat tidur atau memandu sejak daripada tragedi itu serta merasa kasihan kepada ibu bayi berkenaan.

Seorang staf dari taska berhampiran telah bergegas keluar dan mula melakukan CPR pada bayi itu, kata pemandu van terbabit.

Namun bayi itu kemudiannya dilaporkan meninggal dunia di hospital.

Seorang saksi lain memberitahu kepada akhbar tempatan bahawa sebuah bakul yang berada dalam ‘stroller’ bayi itu telah tercabut dan tercampak jauh sekitar 50 kaki.

Saksi yang bernama Kevin Walker menyatakan bahawa dia melihat ‘stroller’ itu bergerak laju menuruni bukit sebelum masuk ke jalan yang dilalui van tersebut.

Dia menyatakan bahawa van tersebut tidaklah terlalu laju dan menyifatkan apa yang disaksikannya itu sebagai ‘kemalangan yang agak pelik.’

“Saya lihat ibu bayi itu datang berlari, dalam keadaan panik, begitu juga dengan orang lain,” katanya kepada Herald.

Saksi kejadian yang lain menyatakan bahawa impak kemalangan itu sangat teruk, ‘stroller’ tersebut terpaksa ditarik keluar daripada van tersebut sehingga meninggalkan kesan kemek pada kenderaan berkenaan.

Susulan daripada itu, bayi tersebut telah dibawa ke hospital dengan mengalami kecederaan yang kritikal dan dilaporkan meninggal dunia pada petang Isnin, lapor polis New Zealand.

“Kira-kira jam 9 pagi, polis dimaklumkan mengenai kejadian di mana seorang bayi di dalam ‘stroller’ telah dilanggar oleh sebuah kenderaan di Lake Road, Northcote,” menurut satu kenyataan dari pihak polis New Zealand.

“Bayi yang berusia 5 bulan itu telah dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal.

“Malangnya bayi tersebut telah meninggal dunia di hospital.

“Pihak polis kini sedang menyiasat punca berkenaan insiden tragik ini dan Serious Crash Unit sedang menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian.

“Kematian akan diserahkan kepada Koroner dan pihak polis akan memastikan bahawa mereka yang terlibat akan diberikan bantuan.”

Sumber: Mirror

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.