Siakap Keli
Gambar Via Puan Balkis

Hanya Jual Pekasam Daging, Wanita Ni Dah Buka Kilang Sendiri, Niat Nak Bantu Wanita Lain Berjaya

Setiap orang sudah pastinya dikurniakan dengan nikmat rezeki yang berbeza. Cepat atau lambat, setiap rezeki yang ditetapkan pasti akan diperolehi jua.

Alangkah senangnya  jika apa yang diinginkan terus datang bergolek tanpa kita perlu melakukan apa pun. Namun, rezeki tidak ‘berfungsi’ dengan cara itu, setiap orang diseru untuk sentiasa berusaha mendapatkannya dan mengubah kehidupan masing-masing. 

Ya, bukan mudah untuk menghadapinya, segala onak duri perlu dilalui dengan kental agar dapat membuahkan hasil yang terbaik.

Sama seperti yang dilalui oleh Puan Balkis yang berusaha dari zero sehingga berjaya membangunkan perniagaan sendiri.

Berkongsikan kisahnya dengan Siakap Keli, beliau pada awalnya hanya berniat untuk membantu meringankan beban suaminya yang merupakan seorang pemandu lori dengan menjual pekasam daging.

Gambar Via Puan Balkis

Merupakan seorang kerani sekolah, Puan Balkis berani mencabar dirinya untuk mencapai satu tahap yang lebih tinggi dengan melakukan part time menjual pekasam daging dengan lebih meluas sehingga produknya kini dikenali dengan jenama Hakak Maneh. 

Berjaya tubuhkan kilang pengeluaran pekasam sendiri

Menurutnya, beliau kini mampu menubuhkan kilang pengeluaran pekasam sendiri di negeri Perak. Jika dulu beliau hanya mengusahakan perniagaan bersama suami, kini beliau telah mempunyai seramai 12 orang pekerja yang menerajui kilang pekasam tersebut.

Gambar Via Puan Balkis

Tambahnya lagi, kilang miliknya itu juga mampu menghasilkan sebanyak 5000 hingga 6000 pek pekasam setiap hari. Paling utama, beliau juga mempunyai 800 orang team agent dan stokis di seluruh Malaysia. 

Gambar Via Puan Balkis

 

Gambar Via Puan Balkis

Capai sale sehingga setengah juta setahun

“Alhamdulillah berkat kesabaran dan kegigihan, saya berjaya lahirkan usahawan bawah bimbingan sendiri yang berjaya capai sale sehingga setengah juta dalam tahun 2020.

“Bukan itu sahaja, ramai wanita telah dibantu sehingga mereka mampu mempunyai pendapatan sendiri dan berjaya membuat sale sebanyak RM150,000 sebulan,” katanya kepada Siakap Keli. 

Gambar Via Puan Balkis

Mengakui tidak pernah mempunyai sejarah berniaga sebelum ini, Puan Balkis kini ingin membantu lebih ramai wanita di luar sana yang ingin menjana pendapatan di bawah usahawan bimbingan Hakak Maneh.

Mencari 1000 orang partner stokis

Beliau membuka peluang buat wanita di luar sana untuk sama-sama berjaya sepertinya dan mencari seramai 1000 orang partner stokis bagi membantu beliau untuk memasarkan produk Hakak Maneh sekaligus menjadi usahawan di bawah bimbingannya.

Gambar Via Hakak Maneh

Dalam keadaan pada masa kini yang memperlihatkan negara masih lagi sedang ‘bergelut’ dengan krisis pandemik COVID-19,  ramai yang telah hilang pekerjaan  dan kini sedang berusaha untuk mencari rezeki bagi menampung kehidupan.

Jadi, tidak salah untuk wanita-wanita di luar sana mencuba menjadi usahawan dengan menjual pekasam daging bagi membantu meringankan beban suami dan menampung keperluan seisi keluarga.

Bagi yang ingin mencuba untuk menjadi partner stokis Hakak Maneh, anda boleh terus menghubungi team stokis Hakak Maneh di seluruh Malaysia atau terus layari Facebook Pekasam Hakak Maneh Hq.

Sofea

There's always another side to every story