Siakap Keli
Gambar via Google

“Mungkin Tabiat Itu Lucu, Tapi..,” Dikenali Sebagai ‘Head Pressing’, Ini Yang Pemilik Kucing Dan Anjing Perlu Tahu

Tak dapat dinafikan bahawa ramai yang mempunyai haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing.

Manakan tidak, telatah haiwan tersebut pastinya akan menambat hati sesiapa sahaja yang melihat mereka. Kehadiran mereka di dalam rumah bagaikan menjadi penyeri.

Namun, disebalik kenakalan dan kegirangan mereka, anda juga perlu sentiasa memerhati tahap kesihatan mereka.

Terkadang, ada ‘tanda-tanda’ yang dianggap biasa dan melucukan namun ia sebenarnya merupakan penyakit yang berbahaya bagi kedua haiwan tersebut.

Melalui perkongsian Husky Paws, ada sesetengah anjing dan kucing akan menekankan kepala mereka ke dinding atau Head Pressing. Mungkin dianggap biasa namun haiwan peliharaan anda itu sebenarnya perlu dibawa ke klinik haiwan dengan segera.

“Beberapa pemilik mungkin mendapati tabiat ini lucu, tetapi sebenarnya ia mempunyai sebab perubatan”

Gambar Via I Heart Pets

Head Pressing memperlihatkan anjing dan kucing menekankan kepala mereka pada dinding apabila mengalami sakit kepala yang teruk.

Siapa sangka bahawa mereka juga mempunyai rasa sakit kepala. Menurut Husky Paws, haiwan tersebut bertindak sedemikian kerana berlaku kerosakan pada sistem saraf.

Gambar Via Good Times

Ia boleh berpunca dari keracunan toksik, penyakit otak depan, tumor di dalam kepala, kecederaan selepas kemalangan dan sebagainya.

Sumber: Husky Paws

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa