Siakap Keli

OPPO Lancarkan Peranti A93 Dengan 6 Kamera Portrait AI Dengan Harga Mampu Milik Yang Menjadi Kegemaran Ayda Jebat

OPPO secara rasminya telah mengumumkan bahawa siri model terbarunya iaitu OPPO A93 bakal menembusi dan dijual dalam pasaran Malaysia, dan yang paling bestnya, walaupun dengan harga mampu milik, OPPO A93 ni dilengkapi dengan pelbagai fungsi hebat yang memang setanding dengan telefon pintar berharga mahal!

Ada 6 Kamera AI, design yang ultra-slim dan ultra-lightweight dan storage sebesar 128GB, ditambah pula dengan 8GB RAM, fuhhh memang power la phone ni! Sampaikan Ayda Jebat pun suka dengan model ni! Nak tahu apa dia? Let’s check it out

Dikuasakan dengan ciri fotografi AI – 6 kamera potrait AI

AI Portrait Colour

Dengan algorithm AI pada OPPO A93, fungsi AI Portrait Colour pada smartphone ini akan menjadikan background pada gambar anda hitam dan putih, serta mengekalkan warna pada portrait anda. AI Portrait Colour juga boleh digunakan untuk mengambil gambar portrait lebih dari 3 orang dalam satu shot.

AI Super Night Portrait

Dengan ciri kamera AI Super Night Portrait ini, selfie akan jadi lebih jelas walaupun dalam gelap. Ia direka untuk keadaan cahaya yang rendah, OPPO A93 telah menggabungkan siri AI Algoritma yang termasuk dengan HDR, yang mampu menangkap serta menggabungkan siri bingkai secara serta-merta pada pelbagai tahap pendedahan dan kejelasan ciri wajah; Dan menekankan suppression, yang boleh mencerahkan gambar potret tanpa terlalu menonjolkan background, supaya lebih jelas dan berkualiti pada waktu malam. Tetapi ciri kamera ini hanya boleh digunakan pada kamera hadapan tau!

AI Night Flare Portrait

Korang nak snap gambar waktu malam? No hal… OPPO A93 ni menjadikan gambar waktu malam anda lebih gempak dengan effect bokeh dan mencerahkan gambar yang diambil walaupun dalam gelap. Snap guna phone je pun, tapi nampak macam pro weh!

Dual Lens Bokeh

Bercakap pasal effect bokeh, OPPO A93 juga dilengkapi dengan Dual Lens Bokeh yang boleh digunakan dalam mod gambar ataupun video. Dengan teknologi hebat ini, kamera OPPO A93 akan memproses gambar atau video anda untuk menjadikan setiap subjek dalam gambar atau video anda seperti rambut, subang, dan macam-macam lagi untuk kelihatan jelas dan tidak blur. Bukan itu sahaja, effect ini juga boleh digunakan untuk gambar beramai-ramai tau!

AI Super Clear Portrait

Anda tidak akan terlepas sebarang butiran ketika menangkap gambar menggunakan AI Super Clear. Walaupun gambar muka seseorang yang ditangkap itu agak blur, OPPO A93 kini didatangkan dengan teknologi AI Facial Reconstruction Technology untuk membetulkannya semula. Hasil daripada teknologi yang hadir di dalam peranti ini, sebilangan besar perincian pada wajah dapat ditingkatkan atau dibina semula untuk memastikan potret yang lebih jelas.

Ultra Clear 108MP Image

Zoom banyak mana pun tak jadi masalah, sebab OPPO A93 didatangkan dengan ciri kamera Ultra Clear 108MP Image yang membolehkan anda snap gambar dengan resolusi tinggi, sampaikan dah zoom pun, masih Ultra Clear!

Design yang sleek dan stylish!

Dengan ketebalan hanya 7.48mm dan 164g, OPPO A93 sangat nipis dan ringan, menjadikannya mudah untuk dimasukkan ke dalam poket, serta cukup mudah dibawa dan dimasukkan ke dalam beg kecil.

Telefon yang nipis sering menyebabkan cengkaman yang lebih tajam di sisi, ianya boleh memudaratkan rasa selesa semasa dipegang. Untuk mengatasi masalah ini, pereka OPPO telah menggunakan teknik reka betuk tepi bulat 220° yang pertama dalam industri, yang menggunakan teknik gloss, yang dapat membiaskan cahaya di bahagian atas tepi yang bulat itu, keajaiban kejuruteraan yang mengimbangkan sisi nipis penampilan sambil menawarkan cengkaman yang selesa di tangan.

Paparan Berlubang Berbentuk Pil

Paparan Dual-Punch Hole 16.34cm ini menggunakan kamera yang lebih kecil dan unik berdiameter hanya 3.7mm. Menawarkan paparan FHD+ Super AMOLED, OPPO A93 boleh menangkap gambar yang jelas dengan piksel yang lebih terang dan lebih jelas walaupun di bawah sinaran cahaya matahari

In-Display Fingerprint Unlock 3.0

Skrin pada peranti ini juga turut didatangkan dengan In-Display Fingerprint Unlock 3.0 yang membolehkan anda unlock phone anda dalam masa 0.3 saat sahaja.

Pilihan warna

Di samping look yang sleek dan stylish, OPPO A93 didatangkan dua warna yang menawan, iaitu Metallic White dan Matte Black yang pasti akan tampak bergaya apabila anda gayakan dengan style anda!

Prestasi Peranti Lebih Pantas Dengan Storan 128gb Dan Memori Sebesar 8gb

OPPO A93 ini dilengkapi dengan unit pemprosesan MediaTek Helio P95 AI yang mempunyai 8 teras dengan frekuensi CPU setinggi 2.2Ghz. Ia juga turut dilengkapi dengan 2 ARM Cortex-A75 Prime Cores beroperasi pada 2.2GHZ dan 6 ARM Crotex-A55 Efficiency Cores, yang boleh beroperasi hingga 2.0GHZ. Turut hadir dengan 8GB memori serta 128GB storan, yang boleh diperluas sehingga 512 GB melalui 3 slot kad.

Algoritma Anti-Lag

Algoritma Anti-Lag dapat mengesan dan membersihkan data yang menyebabkan memori ralat, yang boleh mengelak peranti daripada tersekat-sekat serta beku. Di samping itu, ia juga boleh membuatkan membaca dan menulis data dalam sistem fail menjadi lebih pantas serta cekap.

Pengecasan Pantas dan Penjimatan Bateri

OPPO A93 dilengkapi dengan Pengecasan Malam AI yang mampu memberi ketahanan bateri yang mengagumkan. Ia menggunakan AI Learning untuk mengenalpasti pola tidur pengguna dan mengecas peranti sehingga 100% sebelum waktu bangun tidur pengguna.

Jika anda berada di luar tanpa pengecas, jangan risau! Super Power Saving Mode pada OPPO A93 ini akan menggunakan 5% terakhir bateri anda untuk menukarkan paparan menjafi hitam dan putih, sambil 6 aplikasi yang anda boleh tetapkan sendiri berjalan seperti biasa.

Air Gesture

Pengguna boleh menerima panggilan tanpa menyentuh telefon sekiranya tangan sedang disaluti dengan adunan kek atau basah. Pengguna hanya perlu melambaikan tangan berdekatan dengan telefon tanpa perlu menyentuh telefon dengan jarak sejauh 20-50 sentimeter sahaja.

Nah full specs dia untuk korang refer lebih lanjut:

Guys, dengan harga RM1,299 je korang akan dapat peranti yang dilengkapi dengan semua features dan functions hebat ni. Kan dah kata, memang berbaloi dan mampu milik!

Kalau korang beli hari ini sehingga 9 Oktober 2020, korang akan menerima Free Gift Box hebat bernilai RM199 yang merangkumi sebuah Bluetooth Speaker dan Payung Eksklusif daripada OPPO tau! So apa tunggu lagi, dapatkannya sekarang! OPPO A93 boleh didapati di seluruh negara tau, jadi korang boleh terus cepat-cepat serbu kedai berdekatan dan check out peranti hebat ini!

Untuk maklumat lanjut, klik je link di bawah.

Beli OPPO A93: https://bit.ly/34mHRDK

OPPO Brand Store: https://bit.ly/3cYK1gC

OPPO Instagram: https://bit.ly/2Goh4yQ

OPPO Facebook: https://bit.ly/3ix7syI

Aqmal Ezany

I write what is right