Siakap Keli
Gambar Via Bernama

Perutusan Khas PM Mengenai Situasi Semasa COVID-19 6 Petang Ini

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual menyampaikan perutusan khas mengenai situasi semasa COVID-19, petang ini.

Muhyiddin akan menyampaikan perutusan itu dari kediamannya dan disiarkan secara langsung menerusi beberapa saluran televisyen termasuk  Bernama TV dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 6 petang.

Perkara itu dikongsikan Muhyiddin dalam laman Facebook rasminya hari ini.

Perdana Menteri kini sedang menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari  di kediamannya.

Langkah itu diambil beliau selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang hadir pada Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan Muhyiddin Sabtu lepas, disahkan positif COVID-19 semalam.

Zulkifli kini dirawat di sebuah hospital di Seremban.

— BERNAMA

Sofea

Iqra'.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.