Siakap Keli
Gambar: Google

127 Orang Dilaporkan Maut Setakat 3 Oktober, KKM Senaraikan 30 “Hotspot” Denggi

PUTRAJAYA, 7 Okt – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan seramai 127 individu telah meninggal dunia akibat Denggi setakat 3 Oktober baru-baru ini.

KKM menerusi satu kenyataan di Twitter memaklumkan, jumlah tersebut adalah termasuk dua kes kematian terbaharu di Johor pada minggu epid ke-40, iaitu dari 27 September hingga 3 Oktober.

“Tiada vaksin dan tiada rawatan khusus untuk Denggi.

“Pencegahan adalah langkah terbaik,” kata kenyataan tersebut hari ini.

Dalam pada itu, KKM turut mengeluarkan senarai 30 lokasi panas (hotspot) kawasan Denggi yang dikenal pasti setakat 3 Oktober.

Sumber: KKM
Sumber: KKM

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.