Siakap Keli
Gambar: Oddity Central

Bapa Dilapor Terkena Serangan Jantung Dipercayai Ketika Cuba Bantu Anak Selesaikan Masalah Matematik

Seorang lelaki di China yang berusia 45 tahun dilaporkan mengalami serangan jantung selepas berasa sangat marah ketika menolong anaknya menyelesaikan kerja rumah matematiknya.

Menurut portal Oddity Central, lelaki tersebut telah membantu anaknya menyiapkan kerja sekolah sejak bulan lalu, namun pada dua minggu  yang lalu dia mula mengalami simptom sakit yang ringan pada bahagian dadanya setiap kali dia kecewa dengan anaknya itu.

Keadaan mula bertambah buruk pada Ahad selepas lelaki itu berasa sangat kecewa kerana terpaksa mengulangi soalan matematik yang sama kepada anaknya yang sukar untuk memahami bagi mencari jawapannya pada kali ketiga.

Pada satu ketika, dia mula mengalami sakit dada serta sesak nafas, dan akhirnya pengsan.

Lelaki tersebut kemudiannya berkeputusan untuk mendapatkan rawatan perubatan di Shenzhen Third People’s Hospital. Ketika itulah dia mengetahui bahawa dia mempunyai penyakit jantung.

Sejurus selepas tiba di hospital, lelaki berusia 45 tahun itu telah rebah sekali lagi dan mula mengalami sawan dan berbuih pada mulutnya.

Dia segera distabilkan dan dijadualkan untuk menjalani pelbagai ujian bagi mencari punca simptomnya itu.

Difahamkan, sebahagian daripada arteri koronari utama lelaki tersebut telah tersumbat, dan masalah itu telah menyebabkan bekalan darah ke jantung terhalang.

Doktor menyimpulkan bahawa, menghisap rokok selama bertahun-tahun telah membuatkan keadaan lelaki ini menjadi begini, namun serangan jantung itu sendiri adalah disebabkan oleh tekanan dan terlalu marah ketika membantu anaknya melakukan kerja rumahnya.

Mereka turut menambah bahawa lelaki itu datang ke hospital pada waktu yang betul kerana jika tidak, masalah jantungnya yang dihidapinya itu mungkin boleh membawa maut.

Lelaki itu dilaporkan telah selamat menjalani pembedahan dan dilaporkan sedang pulih serta berada dalam keadaan stabil di hospital Shenzen.

Sumber: Oddity Central 

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa