Seorang wanita mengaku telah membunuh bayi sendiri dengan cara mencekik sebelum membuangnya dalam satu plastik bersama-sama anak patung di sebuah hutan, dalam kejadian yang berlaku di Brazil.
Perkara terbongkar selepas wanita berkenaan menghubungi balai polis untuk meminta bantuan.
Wanita berkenaan kemudian ditemui dalam keadaan cedera di sebuah tebing sungai berdekatan dengan sebuah jambatan. Pihak polis percaya, wanita itu cuba membunuh diri.
Ketika diselamatkan, wanita itu kemudian mengaku telah membunuh anak sendiri yang berusia 3 tahun sebelum membuang mayat mangsa di kawasan hutan berdekatan.
Jasad mangsa yang dibungkus dengan plastik dan mainan ditemui tidak lama kemudian.
Laporan media Brazil mendakwa pembunuhan berkenaan berkemungkinan bermotifkan cemburu dimana suami wanita berkenaan dikatakan lebih banyak memberi masa dan menumpukan tumpuan terhadap mangsa berbanding suspek.
Wanita berkenaan kemudian dihantar ke hospital untuk menerima rawatan dan kini berada dalam tahanan polis untuk siasatan.
Suspek juga akan dihantar menjalani ujian mental.
Sumber: Mirror UK