Siakap Keli

Dua Ditahan Kerana Gaji Pekerja Asing Tanpa Permit, Gagal Sediakan Alat Pengimbas Suhu Badan

KUALA LUMPUR, 6 Okt – Dua individu ditahan kerana menggaji pekerja asing tanpa permit serta tidak menyediakan alat pengimbas suhu badan dan cecair pembasmi kuman di premis mereka di Jalan SS 22/11 Damansara di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata kedua-dua suspek merupakan seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing yang masing-masing berusia 36 dan 46 tahun.

“Selain itu, seramai 27 individu telah dikompaun kerana tidak memakai pelitup muka dan tidak menjaga jarak fizikal yang telah ditetapkan.

“Mereka yang bersalah telah dikompaun di bawah Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No 7) 2020 kerana gagal mematuhi SOP pihak Kementerian Kesihatan Malaysia,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

— BERNAMA

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang