Siakap Keli
Gambar Via Insider.com

Pembantu Kanan Trump, Stephen Miller Dijangkiti COVID-19

WASHINGTON, 7 Okt (Bernama) — Penasihat kanan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, Stephen Miller pula dilaporkan positif COVID-19, lapor agensi berita Xinhua, memetik pegawai Rumah Putih pada Selasa.

“Sejak lima hari lalu saya sudah mula bekerja dari luar dan mengasingkan diri, diuji negatif setiap hari sehingga semalam. Hari ini, saya didapati positif COVID-19 dan saya berada dalam kuarantin,” kata Miller dalam satu kenyataan.

Beliau pegawai terkini di Rumah Putih yang disahkan dijangkiti virus itu, selain Presiden Trump

Isterinya merangkap pengarah komunikasi Naib Presiden Mike Pence, Katie Miller, didapati positif COVID-19 pada Mei.

Sementara itu, pada Selasa petang Setiausaha akhbar Pence, Devin O’Malley menulis di akaun Twitternya mengatakan naib presiden telah diuji negatif sekali lagi pada sebelah petang.

“Naib Presiden Mike Pence boleh melakukan aktiviti seperti biasa dan tidak perlu dikuarantin,” menurut memo dikeluarkan doktornya.

— BERNAMA

Sofea

There's always another side to every story