Mesti korang akan ada masalah tempat atau ruang yang terhad untuk meletak atau menyusun mainan kecil. Kadang-kadang ada yang terpaksa menggunakan bakul untuk menyimpan mainan tersebut.
Namun, korang jangan risau sebab SK ada satu perkongsian menarik untuk menyelesaikan masalah korang semua. Seperti yang dikongsikan oleh Mohamed Saiful, beliau menunjukkan rak kereta ‘Hot Wheels’ yang paling asas dan berguna untuk korang buat.
Ye, kalau buat rak sendiri boleh menjimatkan wang. Mana taknya, kalau modal yang dikeluarkan lelaki ini hanyalah bernilai kurang dari RM 30.
Kepada yang baru nak berjinak bertukang kayu. Rak hot wheels ni adalah projek yang paling basic yang korang boleh buat. Hanya gergaji sekali jer, selebihnya memaku. Satu batang kayu dapat harga RM 4, 6 batang baru RM 24. Tak dapat isi kereta hot wheels, dapat isi mainan Mc Donald pun ok.
Wah, menarik bukan? Jadi kepada ‘collector’ yang suka kumpul mainan kecil ini, boleh cuba buat rak diy ini, murah dan jimat sangat.
Nampak kemas kan? Bukan itu sahaja, rak diy ini menjimatkan ruang dan rumah pun kelihatan teratur dan tidak berselerak.
Sumber: Mohamed Saiful