Siakap Keli
Kredit gambar: Google

Salah Seorang Kakitangan Dilapor Positif COVID-19, Operasi Agro Bank Sungai Buloh Ditutup Sementara

SUNGAI BULOH, 7 Okt – Agrobank hari ini mengesahkan salah seorang kakitangannya di cawangan Sungai Buloh telah diuji positif COVID-19.

Menerusi satu kenyataan, difahamkan pekerja terbabit kini sedang menjalani rawatan perubatan di sebuah hospital kerajaan dan penjejakan kontak rapat juga telah dilakukan.

“Cawangan yang terjejas juga akan ditutup sementara bermula 7 Oktober (hari ini) sehingga pemberitahuan lebih lanjut kelak bagi tujuan menfasiliti aktiviti sanitasi dan pembersihan secara menyeluruh.

“Semua pekerja Agrobank di cawangan berkenaan akan diarahkan untuk menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari bermula hari 7 Oktober hari ini sebagai langkah-langkah berjaga-jaga tambahan,” kata kenyataan tersebut, hari ini.

Dalam pada itu, kerja-kerja sanitasi dan pembersihan akan dijalankan berpandukan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Agrobank telah mengambil semua langkah pencegahan yang diperlukan untuk memastikan keadaan kesihatan dan keselamatan para pelanggan, pekerja dan masyarakat pada tahap terbaik,” tambah kenyataan itu lagi.

Sehubungan itu, pengguna boleh menjalankan aktiviti perbankan dan berurusan di kaunter Agrobank cawangan Selayang atau mana-mana cawangan terdekat yang lain sebagai alternatif.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi Pusat Panggilan Agrobank di talian 1-300-88-2476 atau layari laman sesawang www.agrobank.com.my.

Sumber: Agro Bank

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.