Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

TERKINI: 489 Kes Positif Baharu Termasuk 467 Kes Tempatan Libatkan Warganegara

Kes baharu Covid-19 di Malaysia terus meningkat dan hari ini mencatatkan 489 kes, antara angka tertinggi sejak wabak itu melanda negara.

Perkara ini disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian daripada laman Facebook rasminya.

Sehingga setakat hari ini, terdapat 74 kes sembuh. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh beralih angka kepada 10, 501 kes .

Daripada jumlah tersebut kes baharu hari ini, terdapat 3,351 kes aktif. Sehingga kini, terdapat 40 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 13 kes memerlukan bantuan pernafasan. Hal ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif meningkat kepada 13993 kes.

Bagaimanapun, setakat hari ini terdapat pertambahan dua kluster baharu.

 

Sumber: KKM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang