Siakap Keli
Kredit gambar: Google

(Video) “Saya Sedih Datuk Dr. Zulkifli Ada COVID…”, Menteri Agama Terharu Terima ‘Voice Note’ Daripada Kanak-kanak

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri disahkan positif COVID-19 pada 5 Oktober lalu.

Makluman tersebut diumumkan sendiri melalui akaun laman Twitternya pada hari tersebut.

Difahamkan, beliau telah menjalani rawatan dan keadaan kesihatannya agak baik ketika ini.

Terkini, Dr. Zulkifli berkongsi satu ciapan Twitter mengenai satu mesej rakaman suara (voice note) daripada seorang kanak-kanak bernama Qaisara Jannah yang juga merupakan salah seorang pemenang Iqra Challenge Nuzul Quran JAKIM.

Dalam rakaman tersebut, si cilik itu menyatakan rasa simpati kepada menteri tersebut serta turut mendoakan kesihatan buatnya.

Sumber: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.