Siakap Keli
nelayan lemas
Gambar: Google

Bot Karam: Seorang Nelayan Lemas, Seorang Masih Hilang Di Muka Head

GEORGE TOWN, 8 Okt (Bernama) — Seorang nelayan tempatan lemas manakala seorang lagi nelayan warga Indonesia dikhuatiri lemas apabila bot yang dinaiki bersama dua lagi nelayan karam di kawasan perairan kedudukan 5.3 batu nautika di Muka Head, Teluk Bahang dekat sini awal pagi ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang, Kept Maritim Hamizan Harun berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 2.25 pagi sebelum menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) empat nelayan menaiki bot Kelas C tersebut.

“Tiga nelayan tempatan berjaya ditemukan dengan seorang daripadanya telah meninggal dunia kerana dipercayai lemas, mereka diselamatkan oleh bot nelayan yang berada di sekitar kawasan kejadian.

“Seorang lagi nelayan (warga Indonesia) yang merupakan tekong bot tersebut masih belum ditemukan dan dikhuatiri lemas. Operasi SAR dijalankan untuk mencari mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya operasi SAR itu turut disertai pasukan penyelamat yang terdiri daripada Pasukan Polis Marin, Angkatan Pertahanan Malaysia serta nelayan dan orang ramai diminta agar melaporkan sebarang penemuan di laut menerusi talian Pusat Operasi APMM Pulau Pinang di talian 04-2626146 atau 999.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.