Siakap Keli
Gambar: CNA

“Kebanyakan Kes Tidak Tunjuk Gejala,” Lebih 1,000 Pekerja Kilang Di Sri Lanka Dilapor Positif COVID-19

Lebih 1,000 orang pekerja di sebuah kilang di Sri Lanka dilaporkan telah diuji positif COVID-19. Mereka dipercayai telah menghasilkan pelitup muka pembedahan untuk Amerika Syarikat sehingga Ogos lalu, lapor Channel News Asia.

Pihak berkuasa negara itu kini sedang berusaha mengenalpasti sumber terbesar jangkitan virus tersebut.

Kes-kes yang merebak sejak ujian positif pertama di kilang pakaian itu dilaporkan tiga hari lalu yang memperlihatkan jumlah jangkitan meningkat sehingga 4,500.

Pemilik kilang yang terkenal di peringkat antarabangsa kerana amalan lestari berkata bahawa usaha untuk mencegah jangkitan dengan lebih meluas di lokasi kilangnya berhampiran Colombo dihujani dengan pembawa yang  tidak bergejala .

” Kebanyakan kes dibuktikan tidak menunjukkan sebarang gejala COVID-19,” kata firma itu dalam satu kenyataan.

Ketua epidemiologi di Sri Lanka, Sudath Samaraweera meminta agar masyarakat setempat bekerjasama dengan pihak berkuasa di tengah-tengah kebimbangan mengenai wabak itu yang boleh merebak lebih jauh.

“Kami berusaha mengenalpasti bagaimana virus itu tersebar tetapi kami mungkin tidak akan berjaya,” katanya kepada media tempatan.

Memetik laporan Channel News Asia, 1, 026 pekerja yang diuji positif di kilang itu kini berada di hospital.

Kilang tersebut dilaporkan merupakan salah satu pengeksport pakaian terbesar di Sri Lanka dengan menyaksikan sebanyak 200 juta pelitup muka tiga lapis telah dihantar kepada pelanggan di Amerika Syarikat pada Ogos lalu.

Sumber: Channel News Asia

Sofea

Iqra'.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.