Siakap Keli
Kredit gambar: Nieza Nor Hamnira/Google

Keliru ‘Fresh Cream’ & ‘Whipping Cream’? Akak-akak Boleh Ikut Formula Ni Supaya Tak Salah Guna Waktu ‘Baking’ Nanti

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bagi akak-akak yang selalu ‘membaking’ di dapur, mungkin kadang-kadang keliru kan nak guna whipping cream. Ada yang jenis ‘fresh cream’ dan ada yang jenis ‘whipping cream’.

Tapi tahu tak cara macam mana nak bezakan kedua-duanya supaya tak salah guna?

Baru-baru ini Nieza Nor Hamnira ada berkongsi di group Facebook Masak Apa Hari Ini (MAHN) satu formula paling senang nak tahu mana satu ‘whipping cream’ dan ‘fresh cream’.

Jom ikuti perkongsian ini.

Gambar: Nieza Nor Hamnira

Keliru mana fresh cream, mana whipping cream?

Ini petua kampung je. Takda saintifik punya terma bagai. Asal faham sudah, supaya tak tersalah beli dan tak kecewa.

Yang selalunya jadi confuse tu sebab dua-dua ada perkataan ‘Whip’ tu. Ok, jangan kisah perkataan ‘Whip’ tu. Buat keliru je.

Mana boleh guna untuk apa? Ok first sekali kena faham dua perkara ni dulu:-

  • Dairy (tenusu)
  • Non dairy (bukan tenusu)

Dairy (whipping cream)

Gambar sekadar hiasan. Kredit: Google

Bila kata tenusu je ingatlah susu (lembu). Ada perkataan UHT selalunya kat kotak. Ultra Heat Temperature biasanya memang untuk bahan tenusu. Dia rasa lemak, tawar dan tak boleh nak dibentuk. Dia power kat rasa yang lemak tu.

Cam ni cara nak ingat dia supaya senang faham:

Susu – lembu – lemak – tak boleh dibentuk.

Dia semata-mata untuk rasa lemak yang sedap dan imej leleh-leleh tu, ia sesuai disenduk untuk makan sebab memang tak stabil.

Contoh penggunaan: tiramisu, cheese leleh, aiskrim sebelum dibekukan dan sebagainya.

Fresh cream / whip topping

Gambar sekadar hiasan. Kredit: Google

Bila kata bukan tenusu je ingatlah lelemak sayuran (biasanya daripada kelapa sawit). Biasanya lelemak sayuran ini ada rasa manis sebagai agen stabiliti.

Cara nak ingat dia supaya senang faham:

Lelemak sayuran – kelapa sawit – ingat daun kelapa sawit tu – ingat bentuk daun – boleh di ‘piping’ jadikan macam-macam bentuk.

Sesuai untuk jadi lepa kek, topping kek, filling durian crepe, creampuff montok dan apa-apa sahaja yang perlukan volume untuk cantik.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: Google

So kita ada dua perkara je kena faham. Satu susu (lembu), satu lagi kelapa sawit.

Apapun, keduanya tak boleh over beat. Cik susu akan terpisah jadi mentega, cik kelapa sawit akan mencair pula tak boleh dibentuk.

So, harapnya formula kampung ni dapatlah membantu kefahaman yang mana untuk yang mana.

Yang dah pandai, janganlah gelakkan ya. Kita dulu pun payah juga nak faham, baca punya baca punya baca, bahasa sains daa..haha.

Pengalaman salah-salah tu jadikan kita tahu juga akhirnya.

Begitulah.

Ingat, susu (lembu)tak boleh dibentuk (UHT).

Ingat, daun kelapa sawitboleh dibentuk (topping).

Moga bermanfaat!

#tipscikgukekrugged

Sumber: Nieza Nor Hamnira via Masak Apa Hari Ini (MAHN)

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.