Siakap Keli
Gambar: PKD Seremban/Google

Penumpang MYBAS NDH 2259 KLIA2-Nilai Sentral, Pada 30 September 9 Malam Di Platform B10 Diminta Hubungi Bilik Gerakan COVID-19 PKD Seremban Segera

Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan hari ini mengumumkan hebahan penting kepada mana-mana penumpang pengangkutan awam MYBAS yang terlibat.

Makluman ini khas buat penumpang MYBAS bernombor pendaftaran NDH 2259 bagi laluan KLIA2 – Nilai Sentral pada 30 September 2020 dengan masa bertolak 9 malam di Platform B10, KLIA2 dan masa ketibaan 10 malam di Nilai Sentral.

Anda diminta untuk menghubungi Bilik Gerakan COVID-19 Pejabat Kesihatan Daerah Seremban di talian 06-7634809 dalam kadar segera.

Panggilan boleh dibuat pada dari Isnin hingga Jumaat dari 8 pagi hingga 4.30 petang dan Sabtu hingga Ahad dari 8 pagi hingga 1 petang.

 

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.