Setia City Mall sebentar tadi telah memaklumkan bahawa salah seorang ahli Fitness First di outlet pusat beli belah itu telah dijangkiti COVID-19.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan melalui akaun Facebook pusat beli-belah itu, kakitangan Fitness First yang bertugas telah pun melakukan ujian saringan COVID-19 dan akan menjalani kuarantin diri selama 14 hari.
Susulan daripada itu, Fitness First serta pihak Setia City Mall telah mengaktifkan kerja-kerja pembersihan serta pembasmian kuman malam tadi.
Setia City Mall juga turut melaporkan bahawa mereka sedang bekerja rapat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta pihak berkuasa lain yang berkaitan dan akan terus memaklumkan kepada orang ramai mengenai sebarang maklumat lanjut.
We have been informed by our retail partner Fitness First that a member has self-declared as a COVID positive case….
Posted by Setia City Mall on Wednesday, October 7, 2020
Sumber: Setia City Mall