Siakap Keli

Ramai Tak Tahu, Ini Kimia Disebalik Bau Buku Baru Dan Lama

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pernah tak bila hujan, kita akan terhidu aroma unik yang menyegarkan? Mesti pernah kan? Dan kepada sesiapa yang suka bau hujan, pasti akan suka hidu bau helaian kertas. Ya, korang akan boleh beza sama ada ianya kertas baru atau kertas lama.

Macam sesetengah orang tidak pernah menghidu akan berasa teruja sewaktu mebaca artikel ini. Tak kurang juga kepada yang suka bau kertas atau buku, pasti korang ingin tahu lebih dekat tentang bau dari buku lama dan buku baru.

Perkongsian menarik ini daripada ahli kimia yang cukup dikenali di laman Facebooknya iaitu Dr Fatimah Salim.

Mesti ramai yang perasan, tidak kira yang baru atau yang lama, helaian buku akan memberikan bau yang berlainan.Ya. Ini kerana setiap buku akan mengeluarkan beratus bahan-bahan kimia meruap (volatile organic compounds- VOCs) yang berlainan. VOCs ini akan sampai kepada deria hidung kita, lalu otak akan mentafsirkan baunya (ada individu yang suka, ada yang tidak).

BUKU BARU akan memberikan bau yang sangat pelbagai. VOCs dalamnya berasal daripada;

• Agen pengikat (binding agent) contohnya ko-polimer vinyl acetate ethylene.
• Bahan yang digunakan dalam pemprosesan pembuatan helaian kertas. Contoh bahan peluntur seperti hydrogen peroxide, dan bahan rintang air seperti alkyl ketene dimer.
• Bahan dakwat seperti methylbenzene, ethylbenzene, xylene, chlorobenzene dan bromobenzene..

BUKU LAMA pula, baunya adalah lebih kepada degradasi bahan kimia yang membentuk struktur utama kertas iaitu cellulose dan lignin.

Lignin merupakan bahan kimia pengikat rantaian cellulose secara semulajadi dalam pokok. Pengoksidaan lignin akan menyebabkan warna kertas bertukar kekuningan dan menghasilkan asid organik yang membantu dalam mendegradasi rantaian cellulose menjadi VOCs yang mempunyai bau pelbagai seperti benzaldehyde dan furfural (bau kacang badam), vanillin (bau vanilla), dan ethyl benzene, toluene dan 2-ethyl hexanol (bau manis dan bunga).

Bau buku juga disumbangkan oleh kombinasi VOCs dalam rosin seperti terpenes dan asid resin. Rosin ini wujud secara semulajadi dalam kayu yang digunakan untuk membuat helaian kertas buku. Disamping bau spora kulat (hapak) pada buku yang disimpan di tempat yang lembap.

Kepelbagaian bau buku baru atau lama adalah bergantung kepada jenis dan jumlah VOCs yang wujud dan kadar pengewapannya yang mana bergantung kepada suhu persekitaran buku.

Nota: Kepekatan VOCs seperti furfural dalam buku boleh digunakan sebagai pengukur usia sebenar buku.

 

Sumber: Fatimah sebalSalim

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang