Siakap Keli
Gambar: Parkson Malaysia

Salah Seorang Perunding Kecantikan Estee Lauder Di Stor Parkson Elite 1 Utama Dilapor Positif COVID-19

PETALING JAYA, 8 Okt – Seorang perunding kecantikan Estee Lauder di Bahagian Wangian & Kosmetik Parkson Elite di Aras G, 1 Utama di sini disahkan positif COVID-19 pada semalam.

Parkson Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, premis berkenaan terpaksa ditutup sementara bagi memberi laluan kerja-kerja pembersihan dan sanitasi dijalankan seperti yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Premis kami akan ditutup buat masa ini bagi mengekang risiko penularan jangkitan dan akan dibuka semula esok dengan kumpulan kakitangan baharu.

“Sementara itu, staf premis kami akan turut menjalani ujian saringan COVID-19 serta tempoh kuarantin selama 14 hari,” kata kenyataan tersebut hari ini.

Sehubungan itu, pihak premis tersebut akan bekerjasama dengan bahagian pengurusan Pusat Beli-Belah 1 Utama dan KKM dalam menjalankan penjejakan kontak rapat bagi kes tersebut.

Gambar: Parkson Malaysia
Gambar: Parkson Malaysia
Gambar: Parkson Malaysia

Together, we are facing truly unprecedented times this year. And with the resurgence of COVID-19 cases recently, we are…

Posted by Parkson on Wednesday, October 7, 2020

Sumber: Parkson Malaysia 

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.