Siakap Keli

TERKINI: 375 Kes Positif Baharu Covid-19 Hari Ini, 371 Kes Adalah Kes Tempatan

Kes baharu Covid-19 di Malaysia terus meningkat dan hari ini mencatatkan 375 kes dan jumlah kumulatif kes positif meningkat kepada 14,368 kes. Daripada 375 kes tersebut, 371 adalah kes tempatan dan 4 kes adalah kes import.

Perkara ini disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi sidang media yang bersiaran langsung daripada kediamannya hari ini.

Sehingga setakat hari ini, terdapat 18 kes sembuh. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh beralih angka kepada 10, 519 kes.

Sidang Media: Perkembangan Terkini COVID-19 Di Malaysia

Sidang media oleh YBhg. Tan Sri Dato' Seri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Thursday, October 8, 2020

Sumber: KKM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.