Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

(Video) Baru Hari Pertama Bekerja, Detik Cemas Lelaki Tergantung Di Udara Sebelum Jatuh Dan Dilaporkan Maut

Seorang pekerja di pusat belon udara panas China dilaporkan maut  selepas terjatuh kira-kira 30 kaki di udara pada hari pertamanya bekerja di situ.

Mangsa didakwa telah menekan bakul itu ke bawah ketika belon udara tersebut secara tiba-tiba berlepas membawanya bersama.

Syarikatnya mendakwa bahawa dia tidak mengikuti prosedur dengan betul, yang menyebabkan tragedi itu berlaku. Lelaki itu telah disahkan meninggal dunia oleh paramedik di tempat kejadian, kata majikannya.

Kemalangan itu dilaporkan berlaku pada 2 Oktober di kem penerbangan belon udara panas Youyi Manor di Zhuzhou, Hunan, China.

Rakaman yang berlegar di media sosial memaparkan lelaki itu sedang bergayut daripada sisi bakul belon udara panas tersebut sambil tergantung di udara. Tidak berapa lama kemudian, dia akhirnya terjatuh sambil diperhatikan oleh penonton yang kerisauan.

Seorang jurucakap daripada Lexiang Aviation Sports Club, yang mengendalikan kem itu memberitahu kepada wartawan tempatan bahawa mangsa adalah merupakan seorang pelajar universiti.

Dia telah diambil bekerja oleh syarikat itu sebagai pekerja sementara untuk menyantuni pelancong dan mengendalikan tugas di darat semasa cuti Hari Kebangsaan lapan hari di China, yang bermula pada 1 Oktober, kata jurucakap itu kepada Red Star News.

Mangsa dikatakan baru sahaja tiba di kem tersebut dan menerima latihan selama satu jam sebelum kejadian itu berlaku, tambah majikannya.

Difahamkan bahawa mangsa telah dibawa terbang oleh belon sambil menggunakan tangannya untuk menekan bakul. Dia dan pekerja baru yang lainnya telah diajar untuk melakukannya semasa induksi mereka.

Belon itu secara tiba-tiba telah naik kerana semua pemberat pada bakul dilepaskan tanpa diberitahu, kata jurucakap itu, dan mangsa dilaporkan tidak menyedarinya.

Dia menyatakan bahawa pekerja sambilan yang baru itu tidak ‘mendengar dengan teliti’ semasa latihan atau mengikuti proses rasmi.

‘Kakitangan lain yang berada di dalam bakul itu juga tidak menyedarinya. Oleh itu, bakul tersebut telah terapung, membawa sekali pelajar itu,” katanya, sambil menambah bahawa juruterbang belon itu cuba berusaha membuat belon itu turun sebaik sahaja mereka mendapati mangsa berada di bahagian luar.

Syarikat itu menyatakan bahawa mereka telah menghubungi ambulans satu minit selepas mangsa terjatuh, dan dia telah disahkan meninggal dunia dan usaha penyelamatannya gagal.

Firma itu serta merta mengucapkan ucapan takziah kepada pihak keluarga mangsa dan bersetuju untuk bertanggungjawab. Kedua-dua pihak dipercayai sedang membincangkan tentang penyelasaian serta pampasan.

Mereka menambah bahawa mereka akan memberi kerjasama penuh kepada polis untuk menyiasat kemalangan tersebut.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa