Siakap Keli
Gambar Via Bernama

9 Banduan Maut Dalam Rusuhan Di Penjara Filipina

MANILA, 9 Okt  — Rusuhan meletus di sebuah penjara yang padat di ibu kota Filipina pada Jumaat pagi, membunuh sekurang-kurangnya sembilan banduan, lapor agensi berita Xinhua, memetik polis.

Polis berkata pergaduhan membabitkan dua kumpulan banduan di penjara New Bilibid di bandar Muntinlupa. Laporan awal  tidak memberikan butiran lanjut mengenai rusuhan yang kemudian dapat dikawal itu.

Biro Pemulihan (BuCor) yang mengesahkan kejadian itu berkata jumlah sebenar banduan yang terbunuh belum dapat dipastikan kerana masih menunggu laporan rasmi.

— BERNAMA

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.