Siakap Keli
Gambar: Google

“Dalam Kocek Ayah Ada RM5 Sahaja”, Gadis Kongsi Kisah Menyentuh Hati, Sanggup Pura-pura Tidur Untuk ‘Skip’ Waktu Makan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap orang mempunyai kisah hidup yang berbeza. Ada yang dilahirkan dalam keluarga kaya raya, ada yang sederhana dan ada yang perlu menghadapi kesukaran hidup sebelum berjaya.

Keperitan masa lalu pastinya akan sentiasa menjadi kenangan dan pembakar semangat untuk mengejar cita-cita.

Bagi seorang gadis 24 tahun yang mesra disapa Diknia, memori peritnya menghadapi masalah kewangan kira-kira tujuh tahun lalu masih segar dalam ingatan.

Kongsinya, peristiwa itu berlaku ketika dia berusia 17 tahun dan tinggal bersama bapanya. Menyedari masalah kewangan dihadapi si ayah, suatu hari Diknia mengelak waktu makan dengan berpura-pura tidur sehingga waktu petang.

Pun begitu, seorang ayah tetap akan mengutamakan anaknya. Diknia kemudiannya dikejutkan oleh si ayah yang menyuruhnya untuk membeli makanan dengan wang RM5 yang mereka ada.

Berbekalkan RM5, Diknia berjalan kaki membeli sebungkus nasi untuk mereka berdua. Pun begitu, si ayah berkeras menolak untuk makan biarpun diri sendiri mengalami gastrik demi memastikan puterinya dapat makanan yang cukup.

Pura-pura tidur hingga petang

Dalam poket ada RM5 sahaja

Abah keluar rumah, rupanya gastrik

Betapa besarnya nilai RM5

Masih cuba mengorak langkah membina kerjaya

Kisah itu membuatkan orang ramai turut bersedih dan ingin menghulurkan bantuan kewangan kepada mereka. Pun begitu, Diknia menolak bantuan ditawarkan dan berdoa agar orang ramai dapat membalas jasa ibu bapa masing-masing.

Perkongsian itu membuatkan orang ramai terkesan memikirkan ‘perbezaan nilai’ di sebalik RM5 bagi individu yang benar-benar memerlukan.

Menangis tak dapat beli ais krim 20 sen

Semoga sentiasa murah rezeki

Moga jadi orang yang berjaya dan senangkan hidup ayah

Sumber: @_niosh_

Amira

Love yourself.