Siakap Keli
Gambar Via mobilehealthnews/healthnews

Elak Stok Darah Menurun Ke Paras Kritikal, PDN Ajak Orang Ramai Tampil Derma Darah

Pusat Darah Negara hari ini memaklumkan bahawa mereka memerlukan stok darah bagi kumpulan A dan B yang telah menurun.

Menerusi ciapan di laman Twitter Pusat Darah Negara, pendermaan darah semakin berkurang disebabkan oleh situasi COVID-19 semasa.

Sebanyak 35 kempen derma darah bergerak Pusat Darah Negara dengan jumlah sasaran hampir 2500 pendermaan telah ditangguhkan.

Bagi yang ingin menderma darah, anda diminta hadir ke Pusat Pendermaan Darah Statik PDN dan Tabung Darah yang berhampiran bagi mengelakkan stok darah menurun ke paras kritikal.

Sumber: Pusat Darah Negara

Sofea

There's always another side to every story