Siakap Keli

“First Time Dalam Hidup Walau Baru Kerja 2 Hari,” Bos Pemurah Berhabis Lebih RM30,000 Untuk Staf

Mungkin ada yang tengah baca ni sedang menghadapi masalah di tempat kerja ataupun dengan majikan sendiri namun ada juga yang bersyukur kerana berada dibawah ‘penjagaan’ baik syarikat. 

Rasanya menjadi impian setiap pekerja ingin memiliki majikan yang baik, bertanggungjawab dan pemurah. Nak-nak pula bila bab pemberian gaji, bonus mahupun ganjaran. Staf mana yang tak suka kan?

Alangkah bertuah empunya badan dapat bos pemurah.

Begitulah yang terjadi di sebuah syarikat milik anak Melayu kita sendiri apabila sanggup berhabis sehingga RM30,000 hanya untuk menggembirakan hati para pekerjanya. 

Siapa tak pernah dengar dengan jenama terkenal produk penjagaan rambut, Faith Fleur?

Baru-baru ini CEO dan COO-nya membuat kejutan dengan meraikan seluruh karyawan dengan percutian yang tak dapat dilupakan setiap daripada mereka. 

Setelah bertungkus-lumus dan bekerja-keras demi menaikkan nama syarikat, staf Faith Fleur dibawa ‘terbang’ ke Pulau Redang dan mendiami resort antara yang termahal di pulau itu.

Mungkin anda rasa ‘penghargaan’ majikan kepada staf ini biasa kan? Tapi, apa yang lebih mengagumkan, ‘penghargaan’ ini bukanlah semata-mata daripada boss kepada pekerja, namun CEO dan COO Faith Fleur HQ tidak lupa menghargai jasa ibu bapa setiap daripada stafnya dengan pemberian hadiah dan buah tangan terbaik dari Terengganu yang bernilai lebih RM5,000.

Terharu juga dikurniakan majikan yang mengambil berat bukan hanya pekerja, namun orang tua pekerja-pekerjanya. Ibarat abang dan kakak yang menjaga adik-adiknya.

Ketika dihubungi, ini antara kata-kata yang sempat disampaikan daripada pekerja Faith Fleur HQ, rata-rata mereka bersyukur diberi peluang bekerja dibawah syarikat tersebut dengan keberadaan majikan paling baik.

“Alhamdulilah dapat pergi Pulau Redang. First time dalam hidup walau baru kerja 2 hari.”

DCIM100GOPROGP__0323.JPG

Ada juga yang sempat mencelah, “Tak pernah jumpa bos yang tak berkira untuk bawa semua staf pergi bercuti tanpa kira pangkat.”

Pengurus Besar Faith Fleur juga memberitahu bahawa ganjaran lebih besar akan diberikan jika berjaya mencapai target tahunan yang ditetapkan iaitu dengan membawa semua ‘ahli keluarga’ Faith Fleur pergi menunaikan umrah. 

Wow, menjadi impian setiap daripada kita ingin sampai ke Tanah Suci. Namun, apa yang lebih menyeronokkan apabila ibadah mulia itu ditaja sepenuhnya oleh syarikat. Untung sungguh.

Teringin nak jadi sebahagian keluarga ‘best’ ni?

Dengarnya sebelum ni, Faith Fleur HQ telah mengadakan program Millionaire Circle Meeting (MCM) bersama agent dan stokis dimana setiap ‘penyumbang’ terbesar kerjayaan syarikat ini diberikan tips dan cara menjana pendapatan lebih besar bersama rangkaian produk Faith Fleur HQ.

Sesi atau program ini dikatakan akan diadakan lagi sekali dan mereka menjemput sesiapa sahaja tidak kira lelaki atau perempuan, masih bekerja atau yang tercari-cari cara nak dapatkan duit lebih, untuk sama-sama join dan rasai sendiri aura jutawan Faith Fleur. 

Semua maklum, rangkaian produk Faith Fleur HQ memberikan pengalaman terbaik bagi setiap pengguna dan pastinya tak rugi kalau kita mencuba, mana tahu, dibawah ‘penjagaan’ majikan dan syarikat yang bagus, hidup kita bakal berubah 360 darjah. 

Untuk maklumat lanjut, hubungi atau WhatsApp 011-51875068 atau layari www.faithfleur.my.

Ikuti juga Faith Fleur HQ di Facebook dan Instagram.

Nur Farra