Siakap Keli
Gambar Via The Express Tribune

Lelaki Didakwa Bunuh Isteri Semasa Majlis Perkahwinan Mereka Dipercayai Akibat Cemburu

Seorang wanita dilaporkan telah dibunuh oleh suaminya pada hari perkahwinan mereka dan mayatnya dibuang ke dalam gaung, lapor The Sun.

Suaminya yang berusia 33 tahun telah menuduh isterinya berkelakuan tidak betul sebelum berulang kali memukul kepalanya di majlis perkahwinan.

Memetik laporan The Sun, mereka dipercayai saling mengenali ketika berada di penjara.

Saksi mengatakan bahagian insiden memukul bermula apabila suspek tiba-tiba merasa cemburu isterinya bersama dengan tetamu lain yang hadir di majlis perkahwinan di sebuah rumah persendirian di kampung Prokudskoye, wilayah Novosibirsk.

Ketua penyiasat, Kirill Petrushin berkata lelaki itu mula menumbuk dan menendang mangsa ketika berada di luar rumah.

Dia juga dikatakan telah membuang mayat mangsa ke dalam gaung yang berdekatan.

Tetamu yang lain didapati terlalu takut untuk meleraikan serangan tersebut namun mereka telah menghubungi pihak polis.

Sumber: The Sun

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.