Siakap Keli
Gambar: Portimonense Futebol SAD

(Video) Aksi Safawi Rasid Dalam Latihan Portimonense Curi Tumpuan, Warganet Malaysia Banjiri Komen Membina

Seperti ramai yang telah ketahui, kelab Portimonense yang berpangkalan di Portugal telah berkeputusan untuk menggunakan khidmat pemain negara iaitu Safawi Rasid.

Safawi telah berhijrah ke Portimonense dari pasukan Johor Darul Takzim secara pinjaman dengan pilihan dibeli secara tetap.

Ramai rakyat Malaysia menaruh harapan kepada beliau supaya dapat mengharumkan nama negara serta menimba ilmu di liga eropah untuk disumbangkan dalam permainan mewakili pasukan negara.

Terbaru, aksi Safawi Rasid semasa latihan Portimonense telah mendapat perhatian ramai warganet dari Malaysia.

Ramai warganet dari Malaysia yang berbangga dan teruja dengan kelibat Safawi Rasid semasa beliau turun menjalani latihan buat pasukan barunya itu. Ada juga yang turut mengirimkan kata-kata semangat untuknya.

Selamat maju jaya diucapkan kepada Safawi Rasid. Semoga pengalaman serta ilmu yang ditimba di Portugal itu dapat melonjakkan kualiti serta membawa perubahan kepada pasukan negara.

Sumber: Portimonense Futebol SAD

Aqmal Ezany

I write what is right