Siakap Keli
Gambar: Bernama

Aktiviti Sukan Di Zon Kuning Dan Hijau Masih Dibenarkan Dengan Mematuhi SOP – Ismail Sabri

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa di zon merah kawasan yang dikenakan PKPB dan PKPD semua bentuk aktiviti sukan adalah tidak dibenarkan.

Menurutnya, larangan yang pernah dikeluarkan pada sebelum ini masih diguna pakai oleh kawasan yang diisytiharkan PKPB dan PKPD.

Beliau turut mengingatkan orang ramai yang berada di kawasan zon kuning serta hijau supaya terus mematuhi SOP yang dikeluarkan.

“Walaupun zon kuning dan hijau dibenarkan, tetapi perlu mematuhi setiap SOP yang telah dikeluarkan,” katanya.

Selain daripada itu, beliau juga turut dimaklumkan oleh Menteri Belia dan Sukan bahawa kebanyakan sukan yang berkaitan dengan sentuhan fizikal telah ditangguhkan dan banyak yang telah dibatalkan.

“Walaupun tiada arahan yang dikeluarkan lagi, tetapi terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan kerana mengambil inisiatif awal iaitu untuk membatalkan dan menangguhkan setiap program yang melibatkan aktiviti sukan bersentuhan ini,” ujarnya.

Sumber: Kementerian Pertahanan Malaysia

Aqmal Ezany

I write what is right