Siakap Keli
Gambar Via BBC

Empat Orang Dilaporkan Maut, Letupan Tangki Bahan Bakar ‘Gegarkan’ Beirut

Sebuah tangki bahan bakar dilaporkan telah meletup di sebuah daerah di Beirut, Lubnan sehingga membunuh sekurang-kurangnya empat orang dan mencederakan 20 orang, lapor BBC.

Letupan itu berlaku selepas tangki terbakar di daerah Tariq-al-Jdide. Rakaman TV menunjukkan api menjulang tinggi meliputi bangunan di situ.

Punca kebakaran itu masih lagi tidak diketahui dan usaha menyelamat sedang dijalankan.

Letupan itu telah menimbulkan rasa panik susulan daripada letupan yang berlaku di kawasan pelabuhan pada Ogos lalu sehingga mengorbankan seramai 203 orang.

Pasukan bomba menggunakan tangga untuk mengukur bahagian luar bangunan pangsapuri untuk menyelamatkan penduduk dari balkoni mereka.

Satu rakaman dikongsikan oleh seorang wanita di laman Twitter dipercayai keadaan kelam kabut selepas letupan itu berlaku.

Sumber: BBC

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.