Siakap Keli

PKPD Akan Dilaksana Di Asrama Pekerja Kelab Golf Tropicana Di Petaling Jaya Berkuatkuasa 12 Oktober – Ismail Sabri

Menerusi sidang media hari ini,  Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Asrama Pekerja Tropicana, Petaling Jaya.

“Setelah berbincang dan mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan, sidang khas yang bersidang hari ini memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Asrama Pekerja Tropicana, Petaling Jaya selama 14 hari berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam 12 Oktober 2020 sehingga 25 Oktober 2020,” katanya.

Menurutnya, jumlah penghuni yang terlibat adalah seramai 500 orang.

“Pelaksanaan PKPD ini bagi membendung jangkitan dan penularan COVID-19 dalam penghuni asrama pekerja-pekerja tersebut serta membolehkan pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari,” ujarnya.

Tambahnya, PKPD ini hanya melibatkan blok-blok asrama pekerja Tropicana sahaja dan tidak melibatkan kawasan Tropicana Golf Club and Country Resort.

Sumber: Majlis Keselamatan Negara

Sofea

There's always another side to every story