Siakap Keli
Gambar: Bernama

Polis Tangkap Semula Empat Tahanan Lari, Kesan Baki Tiga Lagi

TAWAU, 10 Okt — Polis berjaya menahan semula empat daripada tujuh pendatang haram yang meloloskan diri dari Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Peter Umbuas berkata tiga daripada mereka ditahan semalam, manakala seorang lagi pada 8.15 pagi tadi.

“Kesemua suspek lelaki ini ditahan ketika bersembunyi di lokasi berasingan sekitar daerah ini, iaitu di rumah tidak bernombor di Jalan Bahagia, Taman King Fook dan Batu 5 Jalan Apas serta di ladang sawit di Gudang 4,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Peter berkata pihaknya sedang memburu baki tiga lagi.

Dalam kejadian 2 pagi kelmarin, 14 tahanan bertindak memanjat pagar belakang PTS Tawau dan melarikan diri, namun tujuh berjaya ditahan semula pada hari sama.

Sumber: BERNAMA

Aqmal Ezany

I write what is right