Siakap Keli
Gambar: AsiaOne

‘Spider-woman’ Cuba Bunuh Diri, Panjat Sel Penjara Dan Ingin Terjun Selepas Tertekan Dirinya Ditangkap Polis

Seorang tahanan wanita yang ditahan atas kesalahan memiliki senjata tanpa permit sah bertindak menjadi ‘spider-woman’ dengan memanjat sel penjara setinggi 3 meter untuk membunuh diri, lapor portal Asia One.

Sebuah foto yang memaparkan tindakan wanita berusia 37 tahun itu telah menjadi tular di internet semalam kerana posturnya mengingatkan netizen berkenaan satu watak adiwira buku komik yang terkenal.

Balai polis Sutthisan, Bangkok mendedahkan bahawa wanita itu menjadi tertekan setelah ditangkap dan cuba untuk membunuh diri dengan mahu terjun daripada tempat tinggi.

Menurut Asia One, polis mengambil masa sebanyak 30 minit untuk menenangkannya, namun dia tetap enggan turun daripada situ. Pegawai polis kemudiannya memanjat sel penjara itu untuk membawanya turun.

Wanita tersebut dilaporkan telah ditangkap pada hari khamis, jam 4 pagi selepas dia didapati memiliki sepucuk pistol .38 bersama dengan enam perlu tanpa permit yang sah.

Sumber: Asia One

Aqmal Ezany

I write what is right