Siakap Keli
Gambar Via Bernama

TERKINI: KKM Sahkan Enam Lagi Kluster Baharu Termasuk Empat Kluster Di Selangor

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini memaklumkan bahawa terdapat enam kluster baharu dikesan melibatkan negeri Selangor, Sabah dan Sarawak.

Ia melibatkan  4 kluster di Selangor iaitu Kluster Bah Manggis, Kluster Utama, Kluster Tasik dan Kluster Simera. Manakala di  Sabah pula melibatkan Kluster Highway dan di Sarawak melibatkan Kluster Putra.

Di bawah merupakan perincian bagi kluster-kluster tersebut.

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat enam (6) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu di negeri:

  • Selangor – Empat (4) kluster;
  • Sabah – Satu (1) kluster; dan
  • Sarawak – Satu (1) kluster.

1)KLUSTER HIGHWAY, SABAH

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Belud, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12205) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan bergejala pada 3 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth, Sabah. Saringan kontak rapat telah mengenalpasti 22 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 10 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 59 individu telah disaring, di mana:

23 kes dikesan positif COVID-19; dan

36 individu negatif.

2) KLUSTER BAH MANGGIS, SELANGOR

Kluster baharu ini melibatkan daerah Tawau, Sabah dan daerah Kuala Langat, Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12866) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan bergejala pada 5 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Tawau, Sabah. Saringan kontak rapat telah mengenalpasti tujuh (7) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 10 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 107 individu telah disaring, di mana:

  • Lapan (8) kes dikesan positif COVID-19;
  • 26 individu negatif; dan
  • 73 individu masih menunggu keputusan.

3) KLUSTER UTAMA, SELANGOR

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di daerah Gombak dan Petaling, Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12549) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 4 Oktober 2020. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenalpasti sembilan (9) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 10 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 114 individu telah disaring, di mana:

  • 10 kes dikesan positif COVID-19;
  • 15 individu negatif; dan
  • 89 individu masih menunggu keputusan.

4) KLUSTER TASIK, SELANGOR

Kluster baharu ini melibatkan Miri, Sarawak dan daerah Petaling, Hulu Langat dan Klang di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-13489) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di pintu masuk ke negeri Sarawak pada 3 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Miri. Saringan kontak rapat telah mengesan sembilan (9) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 10 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 15 individu telah disaring, di mana:

  • 10 kes dikesan positif COVID-19;
  • Satu (1) individu negatif; dan
  • Empat (4) individu masih menunggu keputusan.

5) KLUSTER SIMERA, SELANGOR

Kluster baharu ini melibatkan daerah Besut di negeri Terengganu, daerah Kuantan di negeri Pahang, daerah Petaling, Klang dan Hulu Langat di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-13991) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil individu bergejala pada 6 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu, Kuala Berang. Saringan kontak rapat telah mengesan tujuh (7) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 10 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 126 individu telah disaring, di mana:

  • Lapan (8) kes dikesan positif COVID-19;
  • 88 individu negatif; dan
  • 30 individu masih menunggu keputusan.

6) KLUSTER PUTRA, SARAWAK

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di daerah Bintulu, Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-14696) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di pintu masuk ke negeri Sarawak pada 8 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Bintulu, Sarawak. Saringan kontak rapat telah mengesan empat (4) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 10 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 57 individu telah disaring, di mana:

  • Lima (5) kes dikesan positif COVID-19;
  • Dua (2) individu negatif; dan
  • 50 individu masih menunggu keputusan.

Sumber: KKMPutrajaya

Sofea

There's always another side to every story