Siakap Keli
Gambar: Eyqa Zamri

“Kena Ada Big Why,” Dah Berjaya Turun 24 Kg, Gadis Ini Kongsi Tips Bagi Yang Baru Nak Mulakan Diet

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pasti ramai diantara kita yang sedang berusaha sedaya upaya untuk menurunkan berat badan.

Pun begitu, pasti akan ada perasaan sama ada langkah serta cara yang diguna pakai itu betul mahu pun tidak.

Seorang pengguna Facebook bernama Eyqa Zamri ada telah berjaya turunkan berat daripada 85kg ke 61kg. Dia juga ada berkongsikan tips untuk memulakan proses diet. Untuk mengetahui caranya, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Hye,

since ramai yang pm minta tips untuk lose weight, Eyqa share kat sini je la, semua boleh tengok. Actually, Eyqa belum capai berat ideal lagi. More kilos to go.

Tapi, Takpe la. At least ada achievement yang dah unlock. I start with 85 KG & Now 61 KG. Journey Eyqa dalam lose weight ni, ada turun naik dan ambik masa yang sangat lama compare dengan orang lain sebab I takde benda nak rush untuk lose weight.

Just Chill & Relax. (Gemuk boleh pulak sabar berpuluh tahun, nak kurus kelam kabut dalam masa seminggu. Mana boleh!..haha)

Sejak Eyqa amalkan satu diet ni. I’m maintain. Sebab tu, I berani share dengan you guys. Diet sebelum-sebelum ni, I tak have fun along the journey. I stress.

Sebab banyak benda yang I tak boleh makan. Memang la, bila diet tak makan boleh kurus. Tapi, benda ni tak maintain. Korang akan gain weight dalam satu tempoh masa yang terdekat. Tapi, this diet yang Eyqa amalkan sekarang very-very fun.

Selamat membaca!

1.Before korang decide nak Lose Weight, korang kena ada a BIG WHY. Kenapa nak lose weight? Benda ni sangat penting. Sebab bila korang hampir give up. BIG WHY ni la yang akan bantu korang untuk balik ke landasan asal. Cari BIG WHY korang dulu before korang start your journey.
2.Jangan pernah sebut korang nak DIET. Sebab this word akan buatkan korang rasa stress & badan korang takkan bagi kerjasama sebab badan akan merajuk.
3.Before start the journey. Korang kena cari ilmu pasal diet ni dulu. Jangan main hantam je. hahah. Cari dulu sebanyak mungkin ilmu pasal diet. Sebab, tak makan bukan satu diet yang bagus untuk badan.
4.Eyqa amalkan pure green tea. Dah 3 tahun non-stop. Tak kisah la jenama apa pon. Tapi, Eyqa suka jenama BOH. Since pure green tea pahit sangat. I tambah asam gelugur sekeping. Bagi ada masam sikit. Jangan pernah tinggal this green tea ni tau. Tak kisah la korang nak guna diet jenis apa. Eyqa jugak ada minum air detoks buatan sendiri tu. Korang Google je. Banyak kat Google.
5.Untuk yang baru nak berjinak-jinak, korang tak boleh diet drastic. Kena slow-slow. So, badan takkan terkejut sangat. Mula-mula, makan je semua benda yang korang suka makan. Just cut quantity je. Contoh kan:

Selalu makan ayam goreng 3 ketul, cut jadi seketul je. Makan Nasi 2 pinggan jadi 1 pinggan je. Biasa kek makan 2 slice, sekarang ambik 1/2 slice je. Biasa makan kuih 2 biji, sekarang ambik 1/2 biji. Burger selalu 1 biji seorang, sekarang ambik 1/2. Haa Gitteww. Makan je semua benda yang korang rasa nak makan. Jangan stress-stress.

Eyqa gunakan diet suku suku separuh (DSSS). Untuk diet ni, semua benda Eyqa sapu makan.Tapi, I cut quantity. (Karbohidrat suku, Protein suku, sayur-sayuran separuh). I makan je benda-benda manis. Air manis pon I minum. Tapi, macam Eyqa cakap tadi. I cut quantity. Biasa memang Teh tarik 1 gelas penuh. Sekarang, ambik 1/4 gelas je. Dulu, rela tak makan sebab nak lose weight & I felt really-really pressure. Tapi, sekarang relax je. Sebab semua benda boleh makan.
6.Eyqa sentiasa gunakan pinggan kecil. Sebab bila guna pinggan kecil. Kita akan nampk pinggan kita cepat penuh. Kalau pinggan besar, macam-macam benda lagi kita nak include atas tu. Kalau include sayur-sayur takpe. Ni benda mengarut lain. haha.

7.Untuk Exercise: Yang ni wajib kena buat! Tapi, no need to pressure sangat. 3X seminggu pon dah okayy, janji buat. Cari masa nak buat. Eyqa suka jogging & I tak suka workout. Nak jenjalan makan angin pon boleyyy. No worries. It’s up to U nak choose yang mana. Ikut minat kita cenderung yang mane. Tak paksa

Eyqa suka jogging sebab boleh ambik angin sekali + cuci-cuci mata. HAHAH k gurauuu.Untuk jogging Eyqa akan fokus on miles compare to time, 30 minutes, 1 hour whatsoever. So, kalau Eyqa target sehari I nak buat 5km or 10 km, by hook or by crook, I kena achieve this aim. Tak kira la berapa lama nak capai pon. Tapi, wajib capai miles yang Eyqa aim tu. Terpulang pada korang. Ikut keselesaan.

8.Air masak jangan tinggal. Untuk Eyqa, Eyqa need 5L/day. Sebab tu, kerap sangat pergi tandas. Kadang-kadang, penat sebab pergi tandas je. hahaha.
9.Eyqa jugak buat intermittent fasting +DSSS. I jenis yg x suka ambik breakfast & jarang sangat lapar. So, I ambik lunch terus. Dalam 2.30pm, I dah kena makan. Malam I makan jugak. Pukol 10 I cri makan lagi. hahah.
10.I sangat-sangat suka fruits. Takde nasi tak pe. Asal ada fruits.
11. Finally, jangan selalu sangat naik penimbang. Ni pon punca terjadinya pressure dalam diet. Maybe boleh hadkan seminggu sekali untk pastikan kita still on track & tak tergelincir.

I rase ni je kot yang I boleh share. Sebab I pon dalam tempoh pembelajaran lagi. Tips I ni, untuk golongan yang baru nak berjinak-jinak dengan diet tau. Untuk korang yang dah legend. No need to follow. hahaha.

Sebab, Eyqa selalu dengar, kawan-kawan cakap, susah laa nk diet. Tapi, nk lose weight. Sekali lagi Eyqa tegaskan, makan je semua benda yang korang suka, just cut quantity je dulu. sebab korang baru nak try diet.

Lama-lama, korang akan terbiasa dengan diet ni & boleh proceed ke phase yang seterusnya. Jangan tak makan terus. Tak elok untuk badan. Eyqa pernah dari 85 Kg. Turun 68 Kg sebab tak makan. Tapi, sebab tak chill & relax + takde ilmu. I gain weight jadi  78kg balik in a short time. Korang nak ke jadi macam tu?? Tak nak kan?

So, chill & relax. Have fun in your journey & kena ada disiplin! Pedulikan apa yang orang nak kata.
Doakan Eyqa mmpu capai berat ideal. Sebab weight sekarang tak mau turun-turun. Dok statik jee, geram sis hahhahaha.
Kalau Eyqa boleh, korang pon boleh. Korang kena ada effort je. Yang korang memang nak capai. Sebab tu Eyqa cakap. Cari BIG WHY dulu before korang nak start the journey. Eyqa doakan korang berjaya, korang pon tolong doakan Eyqa maintain & lose weight lagi. daaaa. see U when I see U. 

P/s: Jangan kecam tau kalau ada tips yang tak betul, sebab Eyqa pon masih belajar lagi, banyak benda tak tau lagi. Korang boleh share opinion korang. hoho.

Sumber: Eyqa Zamri

Aqmal Ezany

I write what is right