Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Bernama

PKPD Dilaksanakan Di Taman Khazanah Indah Dan PPR Mutiara Kasih Di Lahad Datu Berkuatkuasa 13 – Ismail Sabri

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Taman Khazanah Indah dan PPR Mutiara Kasih di Lahad Datu berkuatkuasa bermula 13 hingga 26 Oktober ini.

Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas mendapat pandangan serta nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) susulan terdapat kes positif COVID-19 di kawasan itu.

“Setelah mengadakan perbincangan dan mendapat pandangan dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Khazanah Indah dan PPR Mutiara Kasih yang akan berkuatkuasa pada 12.01 minit malam 13 Oktober 2020 sehingga 26 Oktober 2020,” ujarnya.

PKPD itu akan melibatkan seramai 5,452 penduduk di kawasan tersebut.

Beliau juga turut menegaskan supaya semua penduduk yang terlibat dalam kawasan PKPD dikehendaki mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Sumber: Bernama

Aqmal Ezany

I write what is right