Siakap Keli

TERKINI: PKPB Akan Dilaksanakan Di Daerah Kota Belud Berkuatkuasa 13 Oktober Ini

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di Kota Belud, Sabah.

“Mesyuarat bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah Kota Belud yang berkuatkuasa pada jam 12.01 tengah malam 13 Oktober hingga 26 Oktober 2020.

“Pelaksanaan PKPB ini bagi membendung jangkitan dan penularan COVID-19 dalam daerah tersebut serta membolehkan aktiviti pengesanan saringan secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari tersebut,” katanya.

Sumber: Majlis Keselamatan Negara

Sofea

There's always another side to every story