Siakap Keli
Gambar Via Mirror

(Video) Berkeliaran Tanpa Arah, Penduduk Gempar ‘Elephant Seal’ ‘Melawat’ Kawasan Perumahan

Seekor gajah laut besar dilaporkan telah menyebabkan kekacauan di sebuah bandar kecil pada Isnin lalu, lapor Mirror.

Haiwan yang sebesar saiz sebuah kereta itu dilihat berkeliaran di jalan-jalan Puerton Cisnes di Chile sehingga mengejutkan penduduk di situ.

Memetik laporan Mirror, terdapat beberapa gambar dan video yang menunjukkan haiwan itu bergerak tanpa tujuan sebelum penduduk dan polis membantu ia kembali ke laut.

Orang ramai dipercayai telah ‘menyiram’ air terhadap haiwan itu bagi memastikan ia kekal terhidrat.

Seramai 50 orang dipercayai telah ‘memandu’ haiwan itu kembali ke dalam laut dan mengambil masa selama beberapa jam. Polis juga membantu dengan menggunakan jaring plastik dengan harapan haiwan itu akan berjalan ke arahnya.

Sarjan José Muñoz dari Angkatan Tentera Laut Chile berkata kepada media tempatan bahawa dia sangat berterima kasih terhadap komuniti setempat kerana sokongan yang baik.

“Kami akan membuat rondaan berterusan agar haiwan itu tidak lagi masuk ke bandar ini dan mengelakkan dari berlaku sebaran insiden yang tidak diingini,” katanya.

Sumber: Mirror

Sofea

There's always another side to every story